Tuesday, 31 May 2011

Tekstualitas?


Korang sukakan cerita cinta? ya

Korang sukakan fairy tale? ya

Korang dah cukup umur? ya

Korang ada handphone? ya *mestila ada*

Korang ada smartphone? ya *i3310 4gS*

Korang sukakan lembu? ya *tah hape2*

Sebab korang jawab ya untuk semua soalan so cerita ni memang sesuai untuk tontonan korang.

Nama cerita ni "Textuality".

Imdb link Textuality

Mungkin ada yang penah tengok, mungkin ada yang xpenah tengok.




Cerita ni kalo aku nak story pon taktaw korang dapat bayangkan dengan tepat ke tak. Basically macam typical love story lain.

Haaa Trus bunyi x best kan aku cakap camtu *typical love story*.

Tapi nak buat macam mana kan, cerita cinta memang la macam tu Typical. Macam kita jugak la, typical human being who is constantly looking for love.

Cerita dia tetap best. Gila babeng tahap dewa kuasa kuda kali lapan ploh ribu watt best. Kalo korang kata tak best barangkali korang bukan dari alam Dewata Raya mahupun Wira Tunggal.

Cerita ni pasal sorang mamat n sorang minah yang dah tak percaya pada cinta dan hidup zaman kita sekarang ni asyek nak BBM ja 16 jam. Celik-celik mata terus tengok handphone then reply BBM atau twitter atau sms.

Mamat yang berlakon ni nama dia Jason Lewis dan penah blakon dalam How I met your mother sebagai Movie Tony episod The wedding bride.




Carly Pope adalah heroin dalam cerita ni, seorang perempuan yang ada scandal ngan 3 org lelaki and jatuh hati dengan Hero cita neh. Ada Comedy dan ada Romance.

Bagi aku cerita ni memang best sebab memang best la. Perlu ke reason banyak-banyak kalau nak satu cerita tuh best? Kadang-kadang manusia ni terlalu fokus pada perkara yang tak penting membuatkan perkara penting atau mesej yang penting tuh terabai.

peace out~

Sunday, 29 May 2011

Incredible Ass

Haaa mai sini dengaq. Pakat-pakat kita duduk sambil dengaq crita pasai Incredible S ni. Orait? Orait la kot noo.

Henpon ni nak habaq pi kat hampa semua, dia punya hebat tuh tadak la hebat mana pon. Dia punya bentuk tuh pun tadak la cun mana sangat. Tapi kalau dah pakai pastu nak angkat tepon tadak la segan sangat siap boleh cakap "halu halu" kuat-kuat biaq satu shopping kompleks dengaq. Lepas tu boleh la buat muka bangga dengan hidung kembang sikit. Nak tunjuk pi kat hampa aku pon tadak tapi saja gatai pungkoq nak cerita jugak.

Tapi sebab hampa nak tengok jugak aku terpaksa la cuba jugak cari kat tenet nih. Nasib bek ada pakcik google. Dear google can you please provide pictures of Incredible S to me. Jangan hampa pi tulih macam tu pulak dekat google tuh. Kalu dia ada tangan tak pasai kena penampaq. Typa ja Incredible S. Takpon click ja link tuh. Kira aku tolong google pree untuk hampa noo sebab aku bek.


Nindia punya besaq ak bagi tengok. Tak puaih kalu hampa google sendiri banyak-banyak na.

Tapi frankly speaking la kan, takat tengok gambaq ja bukan nya ada apa. Tak nampak pon baguih dia kat mana. Biasa ja tengok. Macam henpon-henpon laen dok ada kat kedai henpon skarang tu ja. Bukan boleh buat baling anjin pon.

Ni la nak habaq pi kat hampa. Incredible S ni dia punya Ass memang incredible pon. Hampa suka ass macam mana suma dia boleh bagi. Habaq ja nak lagu mana suma dapat. Tak dapat kalu bley pi juai balik henpon ni. Tadak guna peram lama-lama bwat sakit hati ja simpan.

Henpon ni bawah nama HTC kalu nak taw. Dia pakai Android 2.2 (froyo) tp boleh pi upgrade jadi android 2.4 kalau ikut GSM arena la. Aku tadak henpon ni tak reti la nak bagitaw. Bila dah bawah nama HTC mesti la ada HTC sense sebab HTC sense ja yang dok bwat HTC nampak setail. Kalo tadak sense mana nak bley setail HTC ni. Biasa ja la. Dia internal memory 1.1 GB ROM ngan 768 MB RAM. Lepaih tu dia boleh guna microSD kad nak letak sampai 32GB memory pon bley. Tarak hal punya.

Dia boleh record video 720p. Haa kagum tak kagum? tak cukup kagum lagi. Takpa ada lagi. Ni baca ni CPU dia "1 GHz Scorpion processor, Adreno 205 GPU, Qualcomm MSM8255 Snapdragon". Baca dak? Nama processor dia Scorpion tuh hampa tak kagum lagi? Siap ada GPU (graphical processing unit) nama Snapdragon lagi hampa tak kagum? toksah dok penipu la. Aku yang tak kagum pon boleh jadi kagum sebab nama dia setail. Rasa nak beli dak? Pi beli cepat weh. Habeh sat lagi tak pasai ja (tipu sangat la nak abeh kan).

Digi ada bwat promotion Incredible S. Aritu 14 sampai 19 mei dia nak juai RM599 ja. Tp dah lepaih. Rugi ja. Skarang ni dia buat promotion mahai sikit la. RM1199 untuk phone saja *tadak mahai sikit la daripada rm599 jadi rm1199*. Tapi harga pasaran skarang kalau Incredible S ori punya RM1809-1909. AP set bley dapat RM1600-1609 ikut mobile88. Ushar la Digi punya promo kalau hampa nak. Digi Incredible S

That is all for today i guess. Peace out ya'll~

Saturday, 28 May 2011

Buah Epal Hijau



Sapa suka makan epal?
Sapa suka product apple?
Sapa tak suka product apple?

Satu saja nasihat aku. Jangan Dibenci Sesuatu Yang tak Dikenali!

Okay aku x suka Mac OSX yang dikeluarkan oleh Apple titik.
Aku benci harga Apple yang mahal.

Tapi aku salute abis quality barang Apple.
Aku suka design barang-barang Apple.

Aku tak suka Apple tahap kritikal. Tapi sekarang aku rasa nak beli sebijik Imac 27" nak letak dalam rumah aku. Tak tetap pendirian kan? Okay hantuk kepala dekat dinding.

Pertama kali aku jatuh cinta dengan apple ketika bermain dengan MacBook Pro 17" i7 milik teman aku. Cinta pandang pertama membuatkan aku leka dibuai mimpi indah.



Kali kedua aku jatuh cinta dengan Apple adalah ketika melewati Mac City dan bermain dengan Imac 27" yang dipamerkan. Besar wooooooo 27" punya skrin. Aku boleh bayangkan tengok movie puas gila dekat skrin tuh tambah plak bluray 1080p pergh mantop.


Sekarang Aku membayangkan

Imac 27"
Intel Quad-core i7
3.6 GHz
16GB DDR3 Ram
AMD Radeon 6970M dengan 2GB GDDR5
Lastly Ubuntu 11.04 sebagai Main OS
Windows 7 and OSX sebagai secondary OS
*kalau boleh install tanpa masalah la*



Aku sukakan OS Ubuntu, quality dan design Apple, compatibility main game macam Windows.

Mungkin suatu hari nanti aku akan bwat satu company yang macam mana aku nak.

wish me luck peeps~

Thursday, 26 May 2011

Best ke x Best?



Korang perasan tak hidup ni makin lama makin best. Kecuali orang yang selalu ada banyak masalah tuh hidup memang x best la. Tapi bagi org yang macam aku ni, aku rasa hidup makin lama makin best. Sebabnyer aku cakap macamtu, sebab zaman kita makin maju. Yeahhh Bebeh.

Bukan aku nak cakap aku takde masalah, tapi aku selalu pikir positive bila ada masalah. Just go with the flow. Pandai buat pandai tanggung. Jangan buat kalau tak berani tanggung la derr..

Aku tawu ramai orang selalu teringat zaman dulu-dulu, zaman kecik-kecik, sewaktu kita masih takde idea macam mana nak guna komputer. Komputer pon pakai DOS je. Tulis command je kalo nak guna komputer.

Penah tak masa tu korang dah terbayang korang akan guna ipod touch? iphone 4? HTC Desire S? Asus Transformer?

(Asus Eee Pad Transformer)

Sila tengok video Asus Transformer bawah ni untuk KAGUM


Okeh dah jangan nak kagum sangat.

Aku bukan nak review Asus Transformer ni pon. Saja nak bagi heads up untuk penggemar gadget yang sering meluangkan masa di alam maya. Tak lama lagi dah nak masuk Malaysia.

Point aku sebenarnya hanya nak kita semua kenang kembali zaman di mana komputer bukan sebahagian daripada hidup kita, telefon hanya guna public phone dan telefon rumah. Zaman tu pon dah best sebenarnya. Best sebab kita banyak luangkan masa bermain polis sentri serta tuju kasut dengan rakan-rakan sebaya. Kita masih kecil dan belum ada idea zaman 2011 akan ada iphone. Tapi siapa yang dah boleh bayangkan zaman 2011 ada Facebook dan Twitter tuh memang aku salute abis..

Thats all folks..peace out~

click here to checkout asus transformer -------> Asus transformer website

this fella review about Asus EeePAD Transformer ----> Shahz.net

Tuesday, 24 May 2011

The A First



what am i going to write?

will i blog just to please myself or will i blog to please others?

will this blog be about sports? gadget? news? girls?

or will it just be another boring/typical blog..

whatever it may be i don't give a crap about it

stay tuned for something extra.

do submit your opinion in the comment section

thanx...